Monday 1 August 2011

KOPERASI USAHASAMA AHLI AGRO MULTY TRADING NEGERI SEMBILAN BHD


PENUBUHAN KOPERASI
Pada tarikh 12 Mei 2011 ,Suruhanjaya Koperasi Malaysia telah meluluskan permohonanan Agro Multy Trading Berhad untuk menubuhkan sebuah koperasi yang mana pada permulaan hanya untuk kawasan Negeri Sembilan . Koperasi itu dinamakan ” KOPERASI USAHASAMA AHLI AGRO MULTY TRADING  NEGERI SEMBILAN BHD ” . Semoga dengan ada nya Koperasi ini ,akan lebih memantapkan lagi pencapaian dan produktiviti syarikat untuk ahli-ahli

MESYUARAT AGONG PERMULAAN
Mesyuarat Agong Permulaan Koperasi Ahli Agro Multy Trading Berhad Negeri Sembilan Berhad telah diadakan pada 01 Jun  2011 bertempat di Hotel Alson Klana,Seremban dengan dihadiri oleh 79 orang untuk melantik Ahli Lembaga Pengarah Koperasi.
Mesyuarat ini turut dihadiri oleh dua orang pegawai SKM ( Suruhanjaya Koperasi Malaysia ) untuk memerhatikan perjalanan dan memberi sedikit nasihat berkaitan perlantikan Ahli Lembaga Pengarah Koperasi.
Pihak Koperasi telah bersetuju melantik SKM Negeri Sembilan menjadi JURUAUDIT luar bagi Koperasi Ahli Agro Multy Trading Berhad Negeri Sembilan Berhad
Antara lain, setelah diputuskan yuran pendaftaran untuk menganggotai Koperasi Ahli Agro Multy Trading Negeri Sembilan Berhad ialah RM 20.00 (1x sahaja) dan minima Share bagi ahli ialah RM 100 (ahli boleh membuat penambahan share jika berkeinginan).

TAHNIAH diucapkan kepada 12 orang Ahli Lembaga Koperasi yang telah dilantik dan diharapkan agar dapat menjalankan tugas dengan sebaiknya.
1 ) EN. KHALIFAH BIN HAMZAH ( Pengerusi )
2 ) EN NORDIN BIN AHMAD ( Setiausaha )
3 ) EN. HAFIZ B. HAMZAH ( Bendahari )
4 ) CIK ZURAIDAH BT MOHAMAD
5 ) EN. FAIZAL BIN  HATTA
6 ) EN. JOHAN BIN HAMZAH
7 ) EN. MUZAHIDIN BIN DOLLAH
8 ) EN. RUSDI BIN MD RIFIN
9 ) EN. MOHD NAZRIL BIN NAYAN
10 ) EN. MOHD FAIZAL BIN RALIB
11 ) EN.AZMAN BIN MOHD GORIP
12 ) EN. ROSLI BIN YARAP
PENUBUHAN SECARA RASMI KOPERASI
Dokumen yang telah di tandatangani oleh semua ALK  telah diserahkan kepada  pegawai SKM untuk disemak pada 1 Julai 2011 . Jika tiada aral-melintang sijil pertubuhan rasmi koperasi akan dikeluarkan dalam masa 3-4 minggu dari tarikh penyerahan .

No comments:

Post a Comment